·
SOALAN: Sejauh manakah tanggungjawab kaum wanita dalam menuntut ilmu?
JAWAPAN:
Tanggungjawab kaum wanita dalam menuntut ilmu sama sahaja dengan kaum lelaki, baik dalam ilmu fardhu ‘ain mahupun fardhu kifayah.
Misalnya, menghafal al-Quran termasuk dalam fardhu kifayah yang wajib dipenuhi sekurang-kurangnya oleh salah seorang penduduk sesuatu kampung. Maka, jika tidak ada seorang pun penduduk kampung yang menghafal al-Quran, seluruh kampung itu menanggung dosa gagal menyempurnakan fardhu kifayah tersebut.
Tetapi, jika terdapat seorang sahaja perempuan di dalam kampung tersebut yang menghafal al-Quran, maka telah gugurlah kewajipan tersebut daripada seluruh penduduk kampung itu.
Wallahu a’lam.