·
SOALAN: Bagaimana caranya untuk mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Imam al-Bukhari dalam penulisan Sahih al-Bukhari?
JAWAPAN:
Bagi yang mampu untuk membaca penulisan dalam Bahasa Arab, syarat-syarat ini boleh ditemui dengan menela’ah Muqaddimah Sahih al-Bukhari yang dikarang oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani.
Tetapi, terdapat sebuah kitab moden yang membahaskan masalah ini dengan lebih baik dan mendalam iaitu Lami’ad-Darari, karangan asy-Syaikh Rasyid Ahmad al-Kankohi yang banyak menambahkan perkara-perkara yang tidak disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani.
Adapun bagi orang awam yang tidak menguasai Bahasa Arab, syarat-syarat ini boleh diketahui dengan mempelajarinya daripada asatizah.
Wallahu a’lam.