·
SOALAN: Apakah perbezaan antara syarat dan rukun?
JAWAPAN:
Syarat adalah sesuatu yang mesti ada sebelum pelaksanaan sebarang ibadah, tetapi ia berada di luar ibadah tersebut. Contohnya, wudhu’ adalah syarat sah solat.
Rukun pula adalah sesuatu yang menjadi sebahagian daripada hakikat sebarang ibadah. Contohnya, takbiratul ihram adalah rukun solat.
Maka perbezaan antara syarat dan rukun ialah syarat berada di luar sesuatu ibadah, manakala rukun pula adalah sebahagian daripada ibadah tersebut.
Dan persamaan antara kedua-duanya ialah ibadah kita menjadi tidak sah jika tidak sempurna syarat dan rukunnya.
Wallahu a'lam.