• LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK
  • LAMAN UTAMA
  • SOAL JAWAB 
    • TERKINI
    • Akhlaq
    • Aqidah
    • Ibadah
    • Ilmu Hadis
    • Isu Semasa
    • Sirah
  • KULIAH TERKINI
  • KULIAH HADIS
  • YOUTUBE
  • E-BOOK
  • …  
    • LAMAN UTAMA
    • SOAL JAWAB 
      • TERKINI
      • Akhlaq
      • Aqidah
      • Ibadah
      • Ilmu Hadis
      • Isu Semasa
      • Sirah
    • KULIAH TERKINI
    • KULIAH HADIS
    • YOUTUBE
    • E-BOOK

PAKAIAN LENGKAP UNTUK SOLAT

· Ibadah

SOALAN: Apakah pakaian yang lengkap untuk solat bagi lelaki? Adakah kopiah sebahagian daripada pakaian lengkap tersebut?

JAWAPAN:

Soalan ini bersangkutan dengan firman Allah Ta’ala yang berbunyi:

يَابَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ

Maksudnya:

“Wahai anak-anak Adam, ambillah perhiasan kalian pada setiap kali kalian hendak ke tempat solat (untuk bersolat).”

[Surah al-‘Araf (7) :31]

Maksud "Perhiasan" di dalam ayat ini adalah pakaian yang lengkap (menutup aurat), tanpa disyaratkan mesti menutup kepala dengan kopiah atau apa sahaja, kerana telah sabit di dalam banyak hadis bahawasanya Nabi s.a.w. dan para sahabat pernah bersolat dengan hanya memakai sehelai pakaian.

Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dengan sanadnya:

عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم صَلَّى فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ قَدْ خَالَفَ بَيْنَ طَرَفَيْهِ‏.‏

Maksudnya:

Daripada ‘Umar bin Abu Salamah, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah bersolat dengan memakai sehelai kain yang diikat antara dua sisinya.

[Sahih al-Bukhari (354)]

Apabila Nabi s.a.w. sendiri pernah mengimamkan solat dengan memakai sehelai pakaian, ertinya baginda tidak memakai sebarang penutup kepala ketika itu.

Maka, tidak ada keperluan untuk bertegas dengan pemakaian kopiah, kerana yang dimaksudkan dengan perhiasan di dalam ayat di atas ialah menutup aurat. Adapun pemakaian kopiah, songkok, serban dan seumpamanya, ia lebih kepada adat yang berbeza-beza mengikut latar masyarakat.

TAMBAHAN PENULIS

Ibn ‘Abbas r.a.huma. menjelaskan maksud perhiasan di dalam ayat di atas dengan berkata:

كَانَ رِجَالٌ يَطُوفُونَ بِالْبَيْتِ عُرَاةً، فَأَمَرَهُمُ اللَّهُ بِالزِّينَةِ وَالزِّينَةُ: اللِّبَاسُ، وَهُوَ مَا يُوَارِي السَّوْأَةَ

Maksudnya:

“Pada zaman dahulu, kaum lelaki bertawaf mengelilingi Ka’bah dalam keadaan telanjang. Maka, Allah pun memerintahkan mereka supaya memakai perhiasan. Dan perhiasan itu bermaksud pakaian iaitu apa yang boleh menyembunyikan aurat mereka.”

[Tafsir Ibn Katsir, Surah al-A’raf (7) : 31]

Wallahu a’lam.

INFAQ KULIAH
Previous
HUKUM MEMBACA AL-QURAN DI DALAM HATI
Next
MAKSIAT BERLAKU DENGAN KEHENDAK ALLAH
 Return to site
Cookie Use
We use cookies to improve browsing experience, security, and data collection. By accepting, you agree to the use of cookies for advertising and analytics. You can change your cookie settings at any time. Learn More
Accept all
Settings
Decline All
Cookie Settings
Necessary Cookies
These cookies enable core functionality such as security, network management, and accessibility. These cookies can’t be switched off.
Analytics Cookies
These cookies help us better understand how visitors interact with our website and help us discover errors.
Preferences Cookies
These cookies allow the website to remember choices you've made to provide enhanced functionality and personalization.
Save