·
SOALAN: Pada hari ini, ada penulis yang membukukan kisah-kisah sahabat dalam bentuk novel. Apakah pandangan ustaz?
JAWAPAN:
Sebaiknya, hal ini dihindari kerana dikhuatiri berlakunya tokok-tambah terhadap gambaran dan ucapan yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabat.
Demikianlah juga halnya dengan perbuatan menceritakan kisah Nabi s.a.w. dan para sahabat dalam bentuk drama atau filem; di samping boleh membawa kepada pendustaan terhadap baginda dan para sahabat, ia juga boleh memberikan satu gambaran yang melekat dalam pemikiran manusia, terutamanya kanak-kanak sehingga mereka menyangka bahawa memang demikianlah susuk tubuh Nabi s.a.w. dan para sahabat baginda.
Wallahu a’lam.