SOALAN: Adakah al-Imam al-Bukhari pengikut mana-mana mazhab fiqh?
JAWAPAN:
Al-Imam al-Bukhari mempunyai mazhab fiqhnya yang tersendiri. Maka, kita akan dapati bahawa ada sebahagian pendapatnya yang serupa dengan pendapat sebahagian mazhab lain, dan ada juga pendapatnya yang tidak serupa dengan pendapat mana-mana mazhab yang lain.
Tetapi, mazhabnya kurang dikenali kerana para sahabatnya (murid-muridnya) tidak menyebarkannya kepada masyarakat sehingga mazhabnya itu tidak berkembang luas seperti mazhab fiqh yang empat.
Maka, tidaklah bererti yang mazhab fiqh al-Imam al-Bukhari itu mempunyai sebarang kekurangan berbanding mazhab-mazhab yang lain, sebaliknya ia tidak masyhur kerana tidak ada usaha daripada sesiapa pun untuk mengembangkan pengaruh mazhabnya.
Wallahu a'lam.