SOALAN: Adakah segala maksiat berlaku dengan kehendak Allah?
JAWAPAN:
Semua maksiat sememangnya berlaku dengan kehendak Allah, tetapi kemaksiatan itu berlaku bukan dengan keredhaan-Nya. Sesungguhnya, kehendak itu bermula dengan penciptaan manusia yang diberikan pilihan sama ada mahu melakukan kebaikan atau keburukan.
Sekiranya Allah tidak berkehendak untuk manusia melakukan kerosakan di atas muka bumi ini, nescaya manusia tidak diberikan pilihan tersebut, sehingga kita semua menjadi seperti malaikat.
Namun, pada masa yang sama, Allah seringkali mengingatkan kita supaya menjauhi kemaksiatan dan dosa, kerana Dia tidak redha dengan perbuatan tersebut.
Kerana itulah Allah berfirman:
وَلا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ
Maksudnya:
“Dan Dia tidak redha akan hamba-hamba-Nya berada dalam keadaan kufur.”
[Surah az-Zumar (39) : 7]
Wallahu a’lam.