SOALAN: Kenapa ramai ulama di India dan Pakistan yang tidak memakai serban?
JAWAPAN:
Nabi s.a.w. bersabda:
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
Maksudnya:
“Selisihilah Kaum Musyrikin; peliharalah janggut dan cukurlah misai.”
Secara zahirnya, melalui hadis di atas, Nabis.a.w. memerintahkan kita supaya menyelisihi orang-orang kafir, hatta dalam masalah janggut dan misai.
Tetapi, pada hari ini, realitinya berubah, sehinggakan apa yang pernah menjadi syi’ar orang Islam seperti berjanggut panjang dan berserban sekalipun telah menjadi syi’ar penganut agama lain, seperti Sikh.
Kerana itulah ramai ulama di India dan Pakistan tidak suka memakai serban supaya mereka kelihatan berbeza dengan orang-orang Sikh.
Tetapi, pendapat ini mungkin sukar untuk diamalkan kerana masyarakat sentiasa berubah. Maka, pendapat yang lebih sesuai dengan realiti semasa ialah dengan memberikan kelonggaran kepada umat Islam untuk memakai sebarang pakaian yang menepati syarak selagi mana ia tidak menjadi syi’ar agama tertentu.
Wallahu a’lam.