·
SOALAN: Benarkah kisah tentang tanda-tanda 100 hari menjelang kematian yang tersebar dalam kalangan masyarakat?
JAWAPAN:
Sebahagian daripada tanda-tanda yang disebutkan itu mungkin boleh dijadikan sebagai panduan umum jika ia menepati pengalaman orang terdahulu atau pengesahan pakar perubatan seperti doktor.
Panduan ini boleh digunakan sebagai peringatan agar kita segera bertaubat daripada kemaksiatan yang kita lakukan.
Tetapi, ia tidak boleh dijadikan sebagai dasar ‘aqidah, jauh sekali untuk menisbahkannya kepada Nabi s.a.w. kerana ia tidak sabit daripada sebarang hadis sahih mahupun hasan.
Wallahu a’lam.