·
SOALAN: Adakah dibolehkan menjamak Solat Juma’at dengan Solat Asar?
JAWAPAN:
Setakat yang kami tahu, tidak terdapat sebarang hadis yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. pernah menjamakkan Solat Jumaat bersama-sama dengan Solat Asar.
Tetapi, sebahagian ‘ulamak membenarkannya kerana menganggap kedudukan Solat Juma’at sama seperti Solat Zohor, kerana ia menggantikan kefardhuan Solat Zohor.
Maka, menurut mereka, sebagaimana boleh menjamakkan Solat Zohor dengan Solat Asar, maka demikianlah juga dibenarkan untuk menjamakkan Solat Juma’at dengan Solat Asar.
Dan pendapat inilah yang lebih mudah untuk diamalkan.
Wallahu a’lam.