SOALAN: Adakah kita boleh bersolat sambil memegang mushaf al-Quran?
JAWAPAN:
Secara umumnya, diharuskan untuk bersolat sambil memegang mushaf, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam beberapa buah hadis, antaranya, apa yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari secara mu’allaq (dengan membuangkan sanadnya) di bawah Bab Hamba Mengimamkan Tuannya (باب إِمَامَةِ الْعَبْدِ وَالْمَوْلَى)
وَكَانَتْ عَائِشَةُ يَؤُمُّهَا عَبْدُهَا ذَكْوَانُ مِنَ الْمُصْحَفِ
Maksudnya:
“Dahulu, ‘A’isyah pernah diimamkan oleh hambanya, Zakwan dalam keadaan dia membaca al-Quran daripada mushaf.”
[Sahih al-Bukhari, Kitab Azan, Bab Hamba Mengimamkan Tuannya (باب إِمَامَةِ الْعَبْدِ وَالْمَوْلَى): al-Imam an-Nawawi berkata bahawa isnadnya sahih di dalam Khullasotul Ahkam (1/500)]
Tetapi, ada sebahagian‘ulamak yang memakruhkannya, antaranya kerana ia mirip dengan amalan ahlul
kitab.
Maka, adalah lebih baik jika kita meninggalkannya supaya dapat keluar daripada khilaf dan berpada dengan membaca (secara hafalan) apa yang kita hafal sahaja di dalam solat.
Selain itu, perbuatan ini juga dibimbangi boleh menyebabkan kita meremehkan amalan menghafal al-Quran.
Wallahu a’lam.