·
SOALAN: Adakah kita dibenarkan untuk mengambil ilmu daripada Ahlul Bid’ah.
JAWAPAN:
Secara umumnya, ia sama seperti hukum menuntut ilmu daripada orang kafir. Maka sebarang manfaat yang boleh diambil daripadanya, harus untuk kita ambil dan pelajari. Misalnya, diharuskan untuk kita mempelajari ilmu nahu Bahasa Arab hatta daripada orang kafir, apatah lagi Ahlul Bid’ah.
Tetapi, tetaplah kita perlu berwaspada kerana dibimbangi kita akan terpengaruh dengan ideologi mereka tanpa disedari.
Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk kita mendahului mengambil ilmu dariapda Ahlus Sunnah.
Wallahu a’lam.