SOALAN: Apakah hukum mengadakan pilihan raya? Ada yang mendakwa yang ianya haram kerana mengikut sistem Yahudi, tetapi ada pula yang berkata yang hukumnya adalah harus, dan ada pula yang berkata bahawa hukumnya adalah wajib. Jadi, apakah hukumnya yang sebenar?
JAWAPAN:
Pada asalnya, hukumnya adalah harus. Tetapi, mungkin ada keadaan tertentu yang hukumnya boleh berubah menjadi wajib.
Adapun dakwaan bahawa ini adalah sistem Yahudi, kita perlu mengetahui bahawa tidak semestinya semua yang berasal daripada kafir itu haram. Misalnya, lampu isyarat juga diperkenalkan oleh orang kafir dan umum menerimanya sebagai sesuatu yang baik.
Hanyasanya dalam masalah pilihan raya ini, kita jangan “hanyut” sehingga objektif penubuhan parti dan dan pelaksanaan pilihan raya itu benar-benar menjadi sama seperti apa yang dikehendaki oleh orang-orang kafir.
Sebaliknya, orang Islam sepatutnya memanfaatkan pilihan raya untuk menegakkan hak umat Islam.
Demikianlah jawapan ringkas bagi persoalan ini.
Wallahu a’lam.