SOALAN: Adakah mendengar qasidah-qasidah rekaan para habaib sufi itu bid’ah? Jika tidak, bolehkah saya mengalunkan qasidah-qasidah tersebut tanpa iringan alat muzik? Hal ini kerana maksud qasidah-qasidah tersebut adalah pujian kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.
JAWAPAN:
Secara umumnya, masalah qasidah sama seperti sya’ir pada sudut kedua-duanya mengandungi bait-bait memuji Nabi Muhammad s.a.w.
Maka, pada dasarnya, ia bukan sahaja tidak salah, malah telah pernah dicontohkan oleh sebahagian sahabat Nabi s.a.w. seperti Hasan bin Tsabit sehingga beliau digelar sebagai penyair Rasulullah s.a.w.
Hanyasanya, pada zaman ini, qasidah yang dialunkan itu bukan sekadar sya’ir, tetapi golongan habaib sufi ini turut datang bersama-sama dengan bid’ah yang lain seperti paluan gendang dan permainan alat muzik hatta di dalam masjid.
Jika qasidah tersebut tidak dilantunkan bersama-sama dengan permainan alat muzik sekalipun, seni katanya sendiri mempunyai banyak masalah iaitu percanggahan dengan ajaran Nabi s.a.w.
Maka, adalah penting untuk kita memastikan dahulu liriknya bersih daripada unsur-unsur penyelewengan sebelum mahu membahaskan masalah berqasidah dengan iringan alat muzik atau tidak.
Wallahu a’lam.