·
SOALAN: Adakah kita dibenarkan untuk membaca al-Quran di dalam hati? Jika boleh, adakah kelebihannya sama seperti membaca dengan mulut?
JAWAPAN:
Dibenarkan untuk membaca al-Quran di dalam hati, sama seperti dibenarkan berzikir dengan hati sahaja. Tetapi, kelebihannya tidak sama seperti al-Quran yang dibaca dengan mulut.
Hal ini kerana membaca al-Quran dengan mulut menggunakan lebih banyak tenaga, kerana kita perlu menjaga makhraj huruf dan mengeluarkan suara.
Wallahu a’lam.