SOALAN: Apakah hukum bersanding?
JAWAPAN:
Pada dasarnya, hukum bersanding adalah harus jika ia dilakukan dalam keadaan menjaga batas-batas syarak.
Hukumnya berubah apabila adanya unsur-unsur lain seperti pendedahan aurat. Maka, pendedahan aurat ini boleh dielakkan, antaranya dengan bersanding secara tertutup di dalam bilik, meskipun persandingan yang dilakukan secara terbuka dalam keadaan menjaga aurat itu masih dibolehkan.
Tetapi, adalah lebih baik jika bersanding ini dielakkan sama sekali kerana ia tasyabbuh (penyerupaan) dengan budaya masyarakat bukan Islam, sedangkan Nabi s.a.w. telah bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Selain itu,meninggalkan bersanding juga lebih menjimatkan wang yang perlu diperuntukkan untuk penyediaan pelamin.
Wallahu a'lam.