SOALAN: Bolehkah kita menjamah makanan atau minuman yang disediakan oleh pengikut
ajaran sesat?
JAWAPAN:
Sebaik-baiknya, kita berwaspada dengan sajian yang disediakan oleh pengikut ajaran sesat kerana biasanya, ramai dalam kalangan mereka yang suka mencampur adukkan bahan-bahan yang kotor dalam ramuan makanan atau minuman mereka.
Ada diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ اتَّخَذَ لِي أَصْحَابًا وَأَصْهَارًا وَأَنَّهُ سَيَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ قَوْمٌ يَبْغَضُونَهُمْ فَلا تُوَاكِلُوهُمْ وَلا تُشَارِبُوهُمْ وَلا تُصَلُّوا عَلَيْهِمْ وَلا تُصَلُّوا مَعَهُمْ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah SWT telah memilih para sahabat dan kaum kerabat untukku, dan bahawasanya pada akhir zaman akan ada suatu kaum yang membenci mereka. Maka janganlah kalian makan makanan mereka, janganlah kalian minum minuman mereka, janganlah kalian mensolatkan jenazah mereka, dan janganlah kalian bersolat bersama-sama dengan mereka!”
Hadis ini palsu, tetapi ada kebenaran pada peringatan yang terkandung di dalamnya.
Misalnya, pernah berlaku dalam satu peristiwa di Pakistan di mana seorang lelaki Sunni mengunjungi rumah kawannya yang menganut fahaman Syi’ah, manakala isterinya pula adalah seorang Sunni.
Lalu, lelaki Syi’ah itu pun menghidangkan makanan kepadanya. Dari belakang tabir, isteri lelaki Syi’ah itu memberikan isyarat kepada lelaki Sunni itu supaya tidak menjamah makanan tersebut.
Kerana gagal memahami isyarat yang diberikan oleh wanita itu, dia akhirnya tampil menjelaskan bahawa selepas dia dan suaminya bersetubuh pada malam tadi, suaminya telah mengambil kotoran daripada persetubuhan mereka, lalu dicampurkan dengan hidangan makanan tersebut.
Mendengar pengakuan tersebut, lelaki Syi’ah itu terus memukul isterinya.
Hal seperti ini biasa berlaku dalam kalangan mereka yang menganut ajaran sesat, tetapi ia hanya diketahui oleh mereka yang pernah hidup atau tinggal bersama-sama dengan mereka sahaja.
Maka, sebaik-baiknya kita mengelak daripada menjamah hidangan makanan atau minuman yang disediakan oleh para pengikut ajaran sesat.
Wallahu a’lam.