·
SOALAN: Apakah maksud “Kebersihan” di dalam hadis “Kebersihan separuh daripada iman?”
JAWAPAN:
Lafaz hadis yang sahih tentang masalah ini ialah:
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya:
“Bersuci adalah sebahagian daripada iman.”
Maksud perkataan “ath-Thohur” didalam hadis di atas ialah bersuci, manakala perkataan “Iman” pula bermaksud solat, sebagaimana firman-Nya:
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ
Maksudnya:
“Allah tidak akan mensia-siakan keimanan kalian.”
[Surah al-Baqarah (2) : 143]
Maksud kalimah “Keimanan” di dalam ayat di atas ialah solat.
Maka, hadis ini sebenarnya memberikan peringatan kepada kita tentang kepentingan bersuci sebelum menunaikan solat.
Wallahu a’lam.