SOALAN: Menurut guru kami, kitab ar-Ruh ditulis oleh al-Imam Ibn al-Qayyim pada zaman awal penulisannya. Kitab tersebut juga dikatakan mempunyai masalah dan tidak dicadangkan untuk dibaca. Boleh huraikan?
JAWAPAN:
Inilah juga yang saya katakan sebelum ini. Maka, samalah pandangan saya dengan pandangan guru kepada orang yang bertanyakan soalan ini.
Hal ini menunjukkan bahawa kitab yang ditulis oleh ulama sebesar al-Imam Ibn al-Qayyim juga tidak terlepas daripada kritikan dan perlu disemak.
Hanyasanya, banyak perkara yang dibincangkan di dalam kitab tersebut menarik untuk kepuasan fikiran dan jiwa manusia yang nak mengkaji dan berkehendak kepada perbahasan tentang masalah ini.
Maka, kalau kita tidak menggemari perbahasan tentang roh, tidak perlulah kita baca.
Dan penting untuk kita fahami bahawa pandangan yang dikongsikan oleh al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam buku tersebut tidaklah bererti yang ia adalah maksud sebenar bagi setiap firman Allah s.w.t.
Sebaliknya, ia lebih kepada perbahasan ilmiah terhadap masalah roh yang mungkin diminati oleh sebahagian ahli ilmu.
Wallahu a’lam.